Tentang Saya
Mengenai Saya
Mohd Najib Asaddok merupakan seorang usahawan internet semenjak Disember 2009. Memulakan perniagaan internet dengan google adsense sebagai permulaan dan kemudiannya aktif dalam jualan di laman Ebay. Sebelum ni beliau cuma menjalankan perniagaan di internet secara ‘Lone Ranger’ sahaja dan low profile. Kebanyakan ilmu jualan beliau pelajari dari pakar-pakar jualan online melalui Ebook mereka seperti Sifulan, Noorizam Shah dan Mohd Saifulnizam.
Selain menjalankan perniagaan di Ebay, beliau juga mempunyai beberapa blog yang menjual produk fizikal yang lain. Blog jualan produk fizikal itu telah menghasilkan jualan setiap bulan walaupun tidak dikemaskini.
Kebanyakan produk yang beliau jual datangnya dari perkhidmatan dropshipping. Ini kerana ia menjimatkan masa, kos dan tenaga. Dengan dropship beliau tidak perlu menyimpan stok atau sibuk dengan urusan pembungkusan serta penghantaran. Semua diuruskan oleh pembekal dropship.
Beliau juga sekarang aktif dalam promosi affiliate untuk produk-produk digital berkualiti yang dikeluarkan oleh para Usahawan Internet terkemuka di Malaysia. Pernah mendapatkan ilmu Seminar Pakar Ebook Saudara Jamaluddin Bahari, Workshop Affiliate Ammar Zahar , Seminar FB Marketing Power Gero Azrul dan mendapatkan personal coaching dari Top Affiliate Malaysia, Rahman Basri.
Mohd Najib
Blog: www.kuasadua.net































