Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah 1430-31

By Najib | 17/12/2009

salam-maal-hijrah

Saya ingin mengucapkan salam Maal Hijrah kepada sahabat-sahabat pengunjung blog ini. Tahun 1430 Hijrah dah nak melabuhkan tirainya hari ini. Begitu juga tahun 2009 Masihi. Adakan kita telah mencapai apa yang kita azamkan pada awal tahun hari itu? Jika sudah saya ucapkan tahniah. Bagi yang belum mencapai azam jangan berputus asa, jadikan tahun 1431 hijrah & 2010 Masihi untuk kita merealisasikan azam/matlamat kita.

Jadi bersempena nak menyambut Maal hijrah ni saya ingin kongsikan doa akhir tahun dan doa awal tahun yang akan kita baca pada petang ini. Doa akhir tahun akan dibaca penghujung waktu asar atau sebelum solat maghrib  dan doa awal tahun dibaca selepas solat maghrib

Doa Akhir Tahun ( Baca 3 Kali )

doa-akhir-tahun-hijrah

Terjemahan :

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Ini pula doa Awal Tahun Hijrah ( Baca 3 Kali )

doa-awal-tahun-hijrah

Terjemahan :

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

enmac-promo

Laporan Percuma : Cara Mohon Akaun Adsense Cepat

By Najib | 28/11/2009

Salam Sejahtera

Hari ini saya ingin melancarkan sebuah laporan PERCUMA tentang cara-cara memohon akaun adsense dan lulus dengan cepat tanpa perlu untuk membuat sebarang artikel atau blog. Cara ini telah pun saya praktikkan dan alhamdulillah saya dapat membantu rakan-rakan yang selama ini telah mohon akaun adsense tapi berkali-kali telah di reject permohonannya.

Dengan panduan ini saya harap ramai newbie yang ingin menceburi bidang adsense dapat memohon akaun adsense dengan cepat dan mudah. Sebarkanlah laporan ini kepada rakan-rakan kita yang lain. Saya berharap ia dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Klik pada gambar di bawah utk download

laporan-percuma-cara-mohon-akaun-adsense

Jangan lupa sebarkan laporan ini kepada rakan-rakan anda. Semoga usaha anda dibalas oleh Allah SWT.

DuiT Free Paypal bagi hujung tahun

By Najib |

Tahun 2009 dah hampir melabuhkan tirainya. Mungkin ada antara anda yang dah mencapai matlamat serta azam yang anda rancang di awal tahun dulu. Hari ini saya nak kongsikan satu promosi dari PayPal. Sempena hujung tahun ni, paypal bermurah hati nak bagi duit free pada anda semua. Maksimum paypal akan bagi ialah USD100.

Macamana nak dapat?

Anda hanya perlu daftar Paypal Wishlist. Lepas tu promote jer link yg diberikan kat blog, facebook, twitter dan lain-lain cara yang anda ada. Setiap orang yang mendaftar anda alan dibayar USD1 oleh paypal. Senang jerkan.. Jangan buang masa, daftar sekarang untuk mendapatkan USD100.

Klik gambar di bawah untuk daftar Paypal Wishlist

paypal-wishlist-buat duit free

Cara Nak Apply Akaun Adsense Dengan Cepat

By Najib | 17/11/2009

Salam

Program adsense memang dapat menjana pendapatan lumayan di internet. Rugi bagi anda yang mengenali internet tapi tak mencuba untuk mendapatkan pendapatan dari google adsense. Sekarang ni pulak muncul adsense for domain yang begitu mudah untuk mendapatkan pendapatan setiap hari.

Ramai yang bertanya-tanya macamana nak apply akaun adsense? Ada yang dah cuba mohon menggunakan blog tetapi permohonan ditolak, biasanya disebabkan ‘duplicate content’.

Hari ni saya nak berkongsi macamana nak mohon akaun adsense tanpa perlu menggunakan blog, tanpa perlu buat artikel sendiri. Caranya ialah menggunakan Docstoc.com

1

Apa yang anda perlu buat ialah Register dahulu. Pastikan anda menggunakan emel yang sah dan akan digunakan nanti untuk login ke akaun adsense.

2

Masukkan emel yang anda gunakan untuk akaun adsense.

3

Selepas berjaya anda perlu aktifkan link dalam emel yang akan dihantar oleh pihak google adsense.

Tunggu dalam 1-2 hari untuk akaun anda diluluskan. Selamat berjaya!!

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.