Category: Buat Duit

Cara Buat Duit Di Mudah.my

By Najib | 04/11/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berjumpa lagi kita lagi di alam siber ini. Hari ini ramai orang menggunakan internet terutama untuk bersosial cth ; facebook, myspace, friendster, twitter dan mcm2 lagi, tapi tak ramai yang mengetahui cara untuk buat duit di internet.

Buat duit di internet tak perlukan kedai, tak perlu banyak masa. Hari ini saya cuma nak berkongsi macam mana cara paling senang nak dapat duit di internet tanpa perlu ada laman web atau blog sendiri dan cuma jual barangan yang memang kita dah tak nak gunakan.

Mungkin ramai antara kita yang pernah dengar tentang laman web mudah.my. Tengok screenshot di bawah ni

mudah

Laman mudah.my menyenaraikan segaa barangan yang boleh anda beli/jual. Anda tak perlukan sebarang kos pendaftaran atau kos bayaran untuk disenaraikan dalam mudah.my .

Dan untuk pengetahuan anda, laman mudah.my ni lebih ramai pengunjung berbanding laman web lelong. Apa yang anda perlu buat ialah terus senaraikan apa barangan yang anda ingin jual, mungkin anda mempunyai komputer yang terpakai, seluar, kasut, koleksi barangan antik semuanya anda boleh jual di sini.

Cuma bagaimana hendak menarik pelanggan membeli barangan yang anda jual dengan menggunakan ayat2 power dan teknik psikologi? Raja Kamil ada jawapannya. Anda cuma perlu dapatkan buku panduan buat duit dengan mudah.my. Saya sendiri telah berjaya membuat jualan melebihi RM1500  dalam masa seminggu. Kini giliran anda pula untuk mendapatkan panduan ini dan mula buat duit dengan mudah.my. Dapatkan segera sebelum harga dinaikkan .

Klik untuk dapatkan Panduan Mudah.my

Buat Duit Dengan Clickbank

By Najib | 26/08/2009

Rahsia Clickbank

Clickbank merupakan sebuah program Affilliate terbesar yang hanya memasarkan produk-produk digital yang boleh dimuat turun ke komputer anda. Clickbank tidak menjual produk-produk fizikal. Yang menariknya sesiapa sahaja boleh mendaftar dengan Clickbank secara Percuma dan boleh mempromosikan kesemua produk clickbank dengan satu ID sahaja.

Ramai guru pemasaran internet terkenal yang memasarkan produk mereka di Clickbank. Jadi anda boleh memasarkan poduk-produk hebat ini di internet tanpa anda perlu mempunyai produk sendiri. Oleh kerana kos penghasilan produk ini hampir kosong anda akan dibayar komisyen yang tinggi bagi setiap jualan. Biasanya antara 40% – 75% dari harga jualan sesuatu produk. Bagi kita di Malaysia ini adalah satu jumlah yang besar lebih-lebih lagi kita dibayar dalam USD.

Pembayaran komisyen akan dilakukan oleh pihak Clickbank sendiri dan mereka akan menghantar cek setiap 2 minggu berdasarkan jualan yang anda lakukan. Jadi saya ingin berkongsi secara ringkas bagaimana proses untuk menjalankan Clickbank. Mungkin ada antara anda yang merasakan program ini agak sukar kerana tiada pendedahan, jadi saya kongsikan secara ringkas. Moga anda akan berjaya menghasilkan wang dengan Clickbank.

  1. Kaji Pasaran – Anda perlu melakukan kajian terlebih dahulu produk yang mana satu permintaannya tinggi. Oleh kerana terdapat beribu produk di Clickbank, anda hanya perlu pilih satu jenis pasaran dan 5 jenisproduk dahulu. Elakkan dari mempromosi lebih dari satu jenis pasaran  kerana anda akan hilang fokus.
  2. Kajian Keyword – Untuk mempromosi menggunakan SEO ( Enjin Carian), anda perlu memilih keyword yang tepat. Gunakan google keyword tools untuk membuat kajian keyword.. Bila keyword anda tepat, beribu pelawat akan menjumpai web promosi clickbank anda.
  3. Landing Page – Landing page adalah sebuah laman web ringkas atau mini site yang dapat membantu anda membuat jualan. Anda juga memudahkan pengunjung laman web untuk memilih produk yang mereka perlukan untuk sesuatu niche. Jika anda memiliki E-Book Rahsia ClickBank, anda akan dibekalkan sekali dengan 15 jenis landing page tanpa anda perlu mengupah orang lain. Di sinilah pengunjung akan melakukan proses pembelian.
  4. Promosi Landing Page – Ada beberapa cara untuk mempromosikan landing anda
  • Web Directory – Anda boleh hantar Alamat Laman Web Landing Page anda ke beberapa web directory yang mempunyai PR yang tinggi
  • Forum – Sertai forum dan tinggalkan signature landing page anda
  • Video Marketing – Tarik pengunjung menggunakan Youtube ke landing page anda
  • Komen di blog
  • Article Directory

Itu sahaja antara proses untuk menghasilkan pendapatan melalui ClickBank. Untuk panduan yang lebih jelas anda perlu memiliki Rahsia ClickBank yang mempunyai panduan yang sangat lengkap. Anda juga dibekalkan dengan tools yang sangat berguna. Akhir sekali selamat menjana wang dengan ClickBank !!

Menjual Produk Fizikal Di Internet

By Najib | 11/06/2009

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Potensi perniagaan di internet membolehkan kita menjual apa sahaja produk samada berbentuk digital atau fizikal. Hari ini saya cuma nak kongsikan tips menjual di laman web lelong terkemuka di Malaysia iaitu lelong.com.my.  Saya sendiri telah menyertai portal lelongan ini semenjak 2004. Dulu saya hanya pembeli sahaja di lelong dan saya dapati pembelian melalui laman lelong sangat selamat dari penipuan.

Lelong

Ini kerana anda boleh memeriksa rating setiap penjual di lelong.  Setiap ahli lelong juga perlu membuat pengesahan kad pengenalan. Jadi sukar untuk berlaku penipuan. Anda boleh menjual apa sahaja produk samada produk yang masih baru, terpakai dan antik. Sangat mudah untuk melakukan jualan kerana trafik yang tinggi di laman web lelong.

Jadi jika anda ada produk yang ingin dijual apakata anda mendaftar sebagai ahli lelong sekarang dan iklankan produk anda. Anda boleh memilih samada menjual secara harga tetap (firm) atau lelongan (auction). Tetapkan harga dan juga kos penghantaran. Pastikan anda meletakkan maklumat lengkap produk anda.

Sekiranya ada yang bertanya melalui emel atau sms, segera selesaikan persoalan mereka. Saya yakin anda pasti dapat membuat jualan di laman lelong

Teknik Menjana Wang Melalui ClickBank

By Najib | 04/06/2009

Sehingga pertengahan tahun 2008, ramai rakyat Malaysia bertungkus lumus untuk menjana wang melalui ClickBank. Malangnya, disebabkan beberapa alasan yang tidak diketahui, ClickBank menolak semua permohonan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia bercadang untuk menggunakan “pintu belakang” untuk mendaftar akaun ClickBank. Saya pasti anda masih mengingati ebook Gobala Krishnan yang bertajuk “Chapter-M”, bukan? Ramai rakyat Malaysia telah membelinya beberapa tahun yang lalu dan mereka mencuba sebaik mungkin untuk memulakan perniagaan ClickBank mereka.

box medium
Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank

Kenapa? Kerana ClickBank merupakan peluang affiliate yang luas dan jika anda tidak menggunakan ClickBank, anda akan ketinggalan banyak produk yang hebat yang anda boleh promosikan dengan senang untuk menjana wang secara online. Terdapat 10,000 produk ClickBank yang hampir kebanyakkannya terdiri daripada ebook, perisian dan laman web keahlian. ClickBank hanya menjual produk digital dan itulah perkara yang paling menakjubkan!

Produk digital, memandangkan ia tidak mengandungi kos penghantaran atau kos fizikal, ia mempunyai nilai keuntungan yang sangat tinggi. Sebab itulah kenapa para peniaga mampu membayar komisyen sehingga 75% setiap produk yang anda promosikan – anda tidak akan pernah mendapat kelebihan ini jika mempromosikan produk fizikal atau apa jua produk di dunia offline.

Sekarang, sesiapa pun rakyat Malaysia boleh mendaftar akaun ClickBank tanpa perlu melalui kaedah “pintu belakang”, pejabat virtual atau alamat palsu. Saya rasa kita sepatutnya sudah mula memanfaatkan kelebihan situasi ini dan jana wang sebanyak yang mungkin!

Untuk menjana wang melalui ClickBank adalah sangat mudah, jika anda mengetahui formula rahsianya.

1) Mengetahui Bagaimana untuk Mencari Produk Yang Perlu Dipromosikan

Seperti yang saya maklumkan, terdapat 10,000 produk – Jadi, yang mana satu yang anda ingin promosikan? Sebenarnya, terdapat formula yang boleh digunakan dalam kes ini dan hampir kesemua maklumat yang anda inginkan sudah tersedia di dalam laman web ClickBank. Anda hanya perlu mengetahui di mana anda perlu mencarinya dan bagaimana untuk menganalisa segala statistik dan data.

2) Tumpukan Hanya Kepada 1 Pasaran dan 5 Produk

Anda PERLU memilih sebuah pasaran yang anda ingin promosikan. Anda tidak boleh mempromosikan sebuah produk yang berkaitan dengan Pemasaran Internet dan sebuah lagi produk pelangsingan badan! Ini akan membuatkan anda kurang tumpuan dan akhirnya anda tidak dapat menjana satu sen pun.

Cari satu pasaran “niche” yang anda fikir serasi dengan anda dan kaji atau cari produk mana yang menjadi produk top 3-5 dalam ClickBank. Anda tidak perlu hiraukan produk yang lain kerana 80% daripada jualan dibuat melalui produk yang 5 teratas. Anda tidak boleh mempromosikan hanya sebuah produk kerana ia akan membazirkan masa anda. Anda juga tidak boleh mempromosikan terlalu banyak produk, jadi hanya 3 hingga 5 produk, sudah mencukupi.

3) Hasilkan Laman Web yang Dapat Menjual

Ya, ini merupakan bahagian yang paling penting. Anda boleh menghantar pelawat atau prospek secara langsung ke laman produk dengan link affiliate anda dan menjana wang. Walaubagaimanapun, jika anda ingin memaksimakan komisyen anda, anda perlu membina sekurang-kurangnya sebuah laman web di mana anda menulis sebuah “ulasan produk” mengenai produk top 5 ini supaya pelawat dapat membandingkan dan menentukan produk yang terbaik untuk mereka.

Ulasan produk anda mestilah ditulis dengan caranya yang tersendiri yang akan menghapuskan segala keraguan pembaca anda, menyakinkan mereka bahawa ia merupakan produk yang terbaik dan buatkan mereka ingin membelinya dengan serta-merta. Pakar memanggilnya sebagai “Landing Pages” dan ia terbukti lebih berkesan daripada blog ataupun jenis laman web yang lain.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut bagaimana untuk menjana wang melalui ClickBank sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menyarankan anda untuk melihat Rahsia ClickBank yang dihasilkan oleh Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan:

http://www.rahsiaclickbank.com/

Ia merupakan pakej yang sangat bagus yang menerangkan secara terperinci semua yang saya ceritakan sebentar tadi. Selain itu, mereka telah berusaha keras untuk menyediakan laman web ClickBank yang siap sedia untuk digunakan oleh anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah meng’upload’nya ke dalam ‘hosting’ laman anda dan menggantikan ID ClickBank anda.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ClickBank, di sini:

http://www.rahsiaclickbank.com

Ingat, ClickBank pernah menutup penyertaan rakyat Malaysia dan tiada jaminan perkara ini tidak akan terjadi lagi. walaubagaimanapun, jika anda mulakannya sekarang, anda boleh mengambil kesempatan dengan situasi ini dan menjana ribuan ringgit secara online sebelum lebih ramai rakyat Malysia mengetahui kewujudan ClickBank. Selain daripada itu, jika mereka menutup kembali penyertaan rakyat Malaysia, anda tidak akan terjejas jika anda sudah pun menjadi affiliate yang sentiasa membuat jualan.

Rahsia ClickBank adalah satu jalan yang bagus untuk dimulakan, sesuatu yang saya sarankan dengan penuh kejujuran:

http://www.rahsiaclickbank.com

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.