Alhamdulillah masih lagi diberikan oleh Allah SWT untuk menulis di blog ini. Saya minta maaf kerana dah agak lama tak update blog ini. Kebelakangan ini agak sibuk dengan bisnes Ebay..Alhamdulillah dah mula menjana pendapatan yang agak lumayan..Mungkin rezeki Allah untuk kelahiran anak lelaki saya.
Pada hari Khamis 4.2.2010 isteri saya selamat bersalin anak lelaki 3.9kg di Hospital Segamat Johor. Saya dan isteri terlalu gembira kerana dikurniakan juga anak sulong kami. Syukor ke hadrat ilahi dan juga doa dari kawan2 semua. Anak ini kami nama kan Muhammad Ammar. Semoga lebih murah rezeki kami tahun ini. InsyaAllah saya akan terus berkongsi tips menjalankan perniagaan internet pada masa akan datang
Alhamdulillah tahun 2009 yang kita lalui selama 365 hari akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Mungkin kita telah melalui cabaran sepanjang 2009 samaada kita berjaya atau gagal dalam mengharungi cabaran-cabaran itu. Apa yang pentingnya bukan sahaja keputusan berjaya atau gagal itu, tapi pelajaran atau pengajaran yang kita perolehi.
Jika berjaya alhamdulillah, kalau tidak pun itu bukan kegagalan yang kekal tapi sementara jer. Pengajaran yang kita dapat tahun ni kita gunakan untuk kejayaan tahun 2010 ni. Kita fokus kepada perniagaan internet pulak, macamana dengan perniagaan internet anda?
Bagi diri saya sendiri sepanjang 2009 ni banyak ilmu yang saya dapat dari bidang perniagaan internet ni. Saya dapat menggunakan blog dan website untuk menjual produk fizikal dan digital. Alhamdulillah hasilnya jika dikira memang mencecah 4 angka. Walaupun belum mencecah 5 angka setahun, tapi ia adalah satu permulaan yang baik.
Saya teringat kata-kata seorang IM, dapatkan RM1 yang pertama dari internet, InsyaAllah lepas tu akan mencurah-curah lagi wang dari perniagaan internet. Sebelum ni saya telah memulakan program google adsense dan dah 3 kali menerima cek dari google. Sekarang pula saya sedang menumpukan pada Program Affilliate terutamanya Clickbank dan Commission Junction. Hasil telah pun mula masuk dan pada masa akan datang saya bercadang untuk membantu orang lain pula untuk mendapatkan wang dari program-program tersebut.
Setelah melalui pelbagai permasalahan baru saya faham sebenarnya perniagaan internet bukanlah terlalu susah tetapi yang penting ialah fokus dan kesungguhan dari kita. Ramai IM lain yang berpengalaman dan mencurahkan ilmu mereka, cuma kita sahaja yang kadang-kadang buat kerja separuh jalan. Fokus pada satu peluang buat duit di internet sehingga berhasil dan baru kita mulakan cabang lain pula. Contohnya jika anda belum mempunyai produk sendiri, fokus pada bidang affilliate.
Apa azam anda tahun 2010 ni? Azam saya sendiri untuk tahun 2010 ni ialah mendapatkan pendapatan dari affilliate sebanyak USD2000 sebulan dan saya juga akan mengadakan bengkel-bengkel perniagaan internet untuk membantu usahawan-usahawan baru dalam perniagaan internet. InsyaAllah. Saya juga sentiasa akan mengemaskini blog ini dan memberi tips-tips yang berkesan berkaitan perniagaan internet.
Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menyediakan pelan kejayaan tahun 2010. Jika belum anda mulakan sekarang !! Harapan saya tahun 2010 memberi peluang pada kita semua merealisasikan impian menjadi kenyataan. Allahuakbar !!
P/S : Terima kasih kepada pengunjung blog saya sepanjang tahun 2009 ni. Sentiasalah memberi komen2 yang membina dalam blog ini.
Hari ini penggunaan internet semakin meningkat di Malaysia. Aku masih ingat lagi zaman remaja waktu baru kenal internet ni. Pertama kali aku melayari internet pada umur 16tahun. Waktu tu pun adalah sorang kawan ni yang ajak pegi ke pejabat sekolah yang ada sediakan internet. Dia lah yang ajar aku macamana nak buat emel sendiri. Memang seronoklah masa mula-mula tau pasal internet ni.
Lepas tu pulak akhirnya mak aku setuju belikan sebuah PC. Itu pun setelah puas memujuk dan keputusan PMR pun excellent. Waktu beli tu kebetulan ada plak promosi dari tmnet dan dptlah pakej inernet dialup dengan kelajuan 56k. Kalo nak kiralah memang mahal time tu sejam kita guna internet casnya kalo tak silap RM2.10.. Dah lah slow gila mahal plak tu. Time tu plak tengah gila chatting, MIRC.. Dapat bil jer memang kena bebel ngan mak.
Lama gak lah guna internet ngan kelajuan 56k ni. Dah lah bila dial tu bunyi modem dia bising, nak buka laman web pun slow jer.. Dalam tahun 2005 baru aku daftar pakej streamyx sehinggalah sekarang. Dengan kelajuan 1MB barulah puashati. Nak download pun lajulah sket.. Tapi yang tak memuaskan pulak servis streamyx ni kekadang slow dan tersangatlah lembap.
Mentang2lah diorang xder persaingan.. Tapi sekarang xlagi sebab ada persaingan dari company “sudah potong ?” iaitu P1Wimax. Harap2 lah dengan persaingan ni streamyx dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Kalo servis tak elok gak memang siaplah aku potong streamyx ni…
Ni gambar yang sempay di screen shot kelajuan internet kat umah aku. Korang leh test korang punya speed kat http://www.speedtest.net/
Apa pun korang tengoklah video promo P1Wimax ni yang ada unsur2 kelucahan sket
Jadi kongsikan pengalaman korang di ruangan komen yer…
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini dan juga kepada sahabat handai. Maaf sekiranya ada salah dan silap, harap dimaafkan. Kepada rakan2 yang pulang ke kampung, saya doakan perjalanan anda selamat pergi dan balik. Semoga Hari Raya ini mempereratkan hubungan Sillaturrahim antara semua rakyat Malaysia.