Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah 1430-31

Saya ingin mengucapkan salam Maal Hijrah kepada sahabat-sahabat pengunjung blog ini. Tahun 1430 Hijrah dah nak melabuhkan tirainya hari ini. Begitu juga tahun 2009 Masihi. Adakan kita telah mencapai apa yang kita azamkan pada awal tahun hari itu? Jika sudah saya ucapkan tahniah. Bagi yang belum mencapai azam jangan berputus asa, jadikan tahun 1431 hijrah & 2010 Masihi untuk kita merealisasikan azam/matlamat kita.
Jadi bersempena nak menyambut Maal hijrah ni saya ingin kongsikan doa akhir tahun dan doa awal tahun yang akan kita baca pada petang ini. Doa akhir tahun akan dibaca penghujung waktu asar atau sebelum solat maghrib dan doa awal tahun dibaca selepas solat maghrib
Doa Akhir Tahun ( Baca 3 Kali )

Terjemahan :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…
Ini pula doa Awal Tahun Hijrah ( Baca 3 Kali )

Terjemahan :
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…
































