Kepelbagaian Pendapatan Dalam Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya cuma nak berkongsi tentang perniagaan internet. Ramai yang pada peringkat awal seperti saya dahulu tidak memahami dari mana datangnya sumber pendapatan melalui perniagaan di internet. Kadang-kadang terfikir pula bagaimana nak memulakan perniagaan sedangkan kita tiada produk sendiri untuk dijual.
Bagusnya perniagaan di internet ini anda ada banyak sumber untuk dijadikan sumber pendapatan. Di sini saya kongsikan beberapa jenis program di internet yang boleh memberi sumber pendapatan kepada anda.
1. Affiliate
Anda tak perlu risau walaupun tiada produk sendiri untuk dijual di internet kerana anda boleh menjual produk orang lain dan anda dibayar komisyen. Inilah yang dipanggil affiliate . Di Malaysia ada di antara Internet Marketers yang telah menjana pendapatan 5 angka dari program affiliate. Biasanya pemilik sesuatu produk akan memberikan komisyen sehingga 50% dari harga produk. Tugas anda cuma mempromosikan produk mereka samada produk berbentuk digital atau fizikal. Yang lain-lain akan diruskan sendiri oleh pemilik. Senangkan… Anda boleh menyertai program affilliate terbesar dunia iaitu ClickBank. Ramai usahawan internet di Malaysia yang telah memperolehi pendapatan 5 angka dari ClickBank dan anda juga boleh mendapatkan panduan ClickBank dalam bahasa Melayu.
2. Pengiklanan
Sekiranya anda telah pun memiliki blog dan sejumlah pelawat yang konsisten, anda berpeluang menyewakan ruangan di blog anda untuk meletakkan iklan. Anda boleh mendapatkan terus pengiklan atau menggunakan broker. Pengiklanan yang paling popular sekarang ini adalah google adsense. Yang menariknya anda boleh memulakan program google adsense ini tanpa modal. Dengan hanya menggunakan blog percuma dari blogspot anda sudah boleh menjalankan program ini. Selain dari google adsense banyak lagi program pengiklanan lain yang boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada anda.
3. Bisnes Networking Melalui Internet
Jika sebelum ini anda pernah menjalankan perniagaan MLM atau networking secara offline mungkin banyak cabaran masa dan kos yang anda perlu keluarkan. Apakata anda mencuba pula menjalankan perniagaan networking melalui internet.
Kesimpulannya ada pelbagai sumber pendapatan di internet. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu. Peluang perniagaan internet ini ibarat sebuah kek yang besar untuk dikongsikan bersama.
































By Malaysia Web design, 21/08/2009 @ 12:40 pm
saya sudah cuba tapi tak ada apa-apa feed back lagi
By Najib, 28/08/2009 @ 1:47 am
Jgn putus asa..teruskan berusaha