Meningkatkan Trafik Dengan Kaedah Membina Backlink
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Harap anda semua pengunjung blog kuasa siber ini dalam keadaan yang sihat dan masih dapat menjalankan kerja dan tugas anda dengan sempurna. Maaf kerana agak lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan kerja-kerja mengemaskini beberapa blog lain untuk adsense dan juga Clickbank. Tetapi alhamdulillah kerja2 dalam perniagaan internet ini semakin memantapkan teknik saya dalam blogging dan juga teknik menarik pelawat. Jadi saya akan kongsikan pengalaman saya dan semoga anda dapat serba sedikit ilmu ini dan dipraktikkan.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik membina backlink.

Backlink pada dasarnya ialah hypertext link yang menghubungkan web. Paling mudah untuk dijelaskan ialah Backlink adalah link blog/web lain yang dihubungkan ke blog /web anda.
Backlink merupakan hal penting kerana Google dan enjin pencari lainnya menggunakan backlink untuk memastikan ranking algorithms. Misalnya, jika anda mencari keyword ‘perniagaan internet ‘ atau ‘buat duit’ di Google, kemungkinan bahawa blog/web yang di ranking 1 akan mempunyai lebih banyak backlink dari blog/web di ranking 10. Jadi blog/web di ranking 1 akan mempunyai lebih ramai pelawat dan mereka akan menukarkan trafik kepada pendapatan yang lumayan.
Backlink pada dasarnya memberitahu enjin pencari “Web/blog ini baik dan layak untuk ranking ini”. Contoh terbaik untuk backlink adalah hasil carian google untuk keyword “Click Here“. Uniknya anda akan lihat dalam web mereka tidak ada link ‘click here’ tetapi banyak web lain yang mempunyai backlink ‘click here’ yang menghubungkan kepada web mereka. Adobe mendapat ranking yang tinggi kerana ramai orang membuat backlink kepada web mereka dengan keyword ‘click here to download abode software’.
Adalah penting untuk anda membina backlink ke blog/web anda supaya anda boleh meningkatkan ranking enjin carian, dan mula menarik pelawat ke blog.web anda dari enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dan enjin carian lain. Beberapa blog dan web saya mendapat bilangan pelawat yang ramai setelah menggunakan teknik ini. Ia juga membantu meningkatkan pendapatan internet saya.
Beberapa Kaedah Membina Backlink
- Forum Signature - Jika anda ahli kepada beberapa forum, anda boleh meletakkan link web/blog pada signature dan ia akan dipaparkan pada setiap post yang anda buat.
- Tulis Artikel - Jika anda menulis artikel berkaitan niche anda, anda boleh hantarkan kepada direktori artikel dan meletakkan link anda pada penghujung artikel anda. Anda boleh dapatkan ratusan artikel direktori di sini.
- Hantar ke Web Direktori - Sama seperti artikel direktori, ada juga direktori untuk link. Ia bukanlah direktori yang terlalu berkualiti tetapi ia boleh membantu anda. Klik di sini untuk beribu direktori .
- Komen di Blog - Ada banyak blog di luar sana yang membenarkan anda meninggalkan komen dan biasanya membenarkan anda meletakkan link blog/web anda. Ini dapat membantu meningkatkan ranking blog/web anda juga. Cuma pastikan jangan sampai anda spam blog mereka.
Kaedah yang saya kongsikan di atas adalah 100% kaedah percuma. Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran. Jadi gunakan kaedah di atas dan tingkatkan pelawat ke blog/web anda. Semoga anda akan menjana wang di internet !! Selamat berjaya !!
































By REBETRM20 ASBvsOD, 03/07/2009 @ 1:50 am
thanks bro…info ni akan saya praktikkan..masih teruk dengan PR ni…tak terperasan dengan teknik tu…anyway thanks
By hafisdn, 09/07/2009 @ 2:07 pm
bende ni la aaku carik2..tq bro keep ur blog excellent
By Najib, 09/07/2009 @ 7:59 pm
Thanks melawat blog ni.. Sama2 lah kita kongsi knowledge yg ada. InsyaAllah ilmu akan berkat
By Sue Sungai Buloh, 20/07/2009 @ 10:56 pm
Hari tu web saya untuk keyword jusdiet dapat nombor 3 bagi Google. Sekarang lansung tak ada ranking. Apa sebabnya, boleh tolong. Thanks bro.
By imabiz, 24/07/2009 @ 10:18 am
MEMANG BETUL TENTANG TIPS NIE, TP BLOG IMABIZ MASIH TIDAK MEMBERANSANGKAN DR SEGI PELAWAT
By wan2911, 25/07/2009 @ 11:06 pm
tQ bro, tips2 yg sngat menarik n wajib dpraktikkan semua blogers.
slamat maju jaya…
By hidet, 08/08/2009 @ 10:19 am
TQ bos…wah..tips yg amat menarik..
By syoknyer, 15/02/2010 @ 7:35 pm
tip yang bagus. thank!
By hariaie™, 18/04/2010 @ 11:24 pm
banyak perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang, macam komen kat blog lain dan tinggalkan signature
ha aku pun abru nak belajo ni…
tapi worang kata la… itu worang kata
link url yang kita letak, kalau boleh biar hampir sama dgn artikel yang kita tulis… betul ke?
hariaie™´s last blog ..mengesan dan membina ranking blog, website
By helmy, 28/04/2010 @ 6:55 pm
tolong ajar mcm mana nak buat TAGS:cuti,cuti sakit,
cuti salin lebih kurang mcm tu la
helmy´s last blog ..ASIA IS A GREAT VACATION PAKAGES ON A BUDGET
By zul, 10/07/2010 @ 11:23 pm
thanks kerana berkongsi ilmu yg berguna ini..
zul´s last blog ..Definisi Broadband