Menjual Produk Fizikal Di Internet
Assalamualaikum & Salam sejahtera
Potensi perniagaan di internet membolehkan kita menjual apa sahaja produk samada berbentuk digital atau fizikal. Hari ini saya cuma nak kongsikan tips menjual di laman web lelong terkemuka di Malaysia iaitu lelong.com.my. Saya sendiri telah menyertai portal lelongan ini semenjak 2004. Dulu saya hanya pembeli sahaja di lelong dan saya dapati pembelian melalui laman lelong sangat selamat dari penipuan.
![]()
Ini kerana anda boleh memeriksa rating setiap penjual di lelong. Setiap ahli lelong juga perlu membuat pengesahan kad pengenalan. Jadi sukar untuk berlaku penipuan. Anda boleh menjual apa sahaja produk samada produk yang masih baru, terpakai dan antik. Sangat mudah untuk melakukan jualan kerana trafik yang tinggi di laman web lelong.
Jadi jika anda ada produk yang ingin dijual apakata anda mendaftar sebagai ahli lelong sekarang dan iklankan produk anda. Anda boleh memilih samada menjual secara harga tetap (firm) atau lelongan (auction). Tetapkan harga dan juga kos penghantaran. Pastikan anda meletakkan maklumat lengkap produk anda.
Sekiranya ada yang bertanya melalui emel atau sms, segera selesaikan persoalan mereka. Saya yakin anda pasti dapat membuat jualan di laman lelong
































By Afzai Afandi, 12/06/2009 @ 8:58 pm
Lama tak kesini..hehehe.
Lelong memang merupakan salah satu lubuk duit kat Mesia ni..ada jugak baca buku tentang LELONG ni tapi satu pun tak praktikkan
Go sukses!!
By Hidet, 15/06/2009 @ 4:20 pm
Salam.
Selamat mengali lubuk emas ye
By Knight Gold, 10/08/2009 @ 11:29 am
This is a great article. I’m new to blogging but still learning. Thanks for the great resource.
By diaien, 26/11/2009 @ 5:25 pm
tak pernah meniaga kat lelong nih. kat ebay biasa la. tapi sekarang dah kurang.. malas nak cari barang fizikal nih.
diaien´s last blog ..Twilight New Moon boleh buat duit