Statistik Terkini Pengguna Internet Dunia
Ramai tertanya-tanya sejauh mana potensi perniagaan di alam siber ini.. Sebenarnya perniagaan siber ini bukan semudah atau sesukar yang disangka. Bezanya dengan perniagaan biasa ialah pada tempat perniagaan kita. Jika perniagaan biasa anda memerlukan kedai tetapi dengan adanya alam siber ini anda hanya perlukan sebuah laman web untuk perniagaan anda.
Hari ini saya cuma ingin berkongsi sejauh mana potensi perniagaan siber ini. Saya telah pun mengambil statistik terkini dari sebuah laman web http://www.internetworldstats.com. Nampaknya bilangan pengguna internet setiap hari semakin bertambah dan mereka ini semualah adalah bakal pelanggan/prospek anda.
Jom kita tengok statistik ni !!

Cuba anda perhatikan setiap negara mengalami pertumbuhan melebihi 100% untuk pengguna internet mereka. Di Malaysia sahaja jumlah terkini pengguna internet melebihi 15 juta orang. Jika anda dapat menukarkan 1% daripada mereka ( 150 ribu orang ) menjadi pelanggan anda bayangkan betapa banyak keuntungan yang anda boleh dapati.
Jadi marilah sama-sama kita meneroka peluang perniagaan siber ini !!
































