Posts tagged: Amalan Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha Dan Fadhilatnya

By Najib | 21/06/2009

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita semua masih lagi dalam keadaan yang sihat dan dapat meneruskan aktiviti perniagaan di internet. Tapi dalam kita berniaga di internet jangan kita lupa kepada Allah SWT yang masih memberikan kita peluang di muka bumi milik Nya. Mari kita sama-sama berusaha dan juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberkati dan meredhai perniagaan kita. Moga dengan doa itu kita sentiasa murah rezeki disamping rezeki yang berkat.

Hari ini cuma nak kongsi satu amalan sunat yang InsyaAllah dapat lagi memurahkan rezeki kita disamping menjaga diri kita dari segala musuh-musuh yang iri hati dengan kita. Almaklumlah dalam bisnes banyak dugaan dan cabarannya. Apakata kita lapangkan sedikit masa kita dalam 5-10minit sahaja untuk Solat Sunat Dhuha. Anda boleh melakukan amalan ini  di sebelah pagi antara pukul 8 - 11 Pagi. Jadikan ia nya amalan rutin kita seharian.

Niat Solat Sunat Dhuha

niat solat dhuha“Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”

Pada Rakaat pertama baca Alfatihah dan  Surah As Syam dan diikuti Surah Dhuha pada rakaat kedua. Tetapi jika anda tidak menghafalnya anda juga boleh membaca  Ayatul Kursi dan pada rakaat kedua anda bolehlah membaca Surah Al Ikhlas.

Baca ini  ketika sujud yang terakhir - 3 kali

dhuha

Dan ini dia doa yang perlu dibaca selepas solat

bacaan doa solat dhuha

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Ini dia beberapa fadhilat solat sunat dhuha yang dipetik dari Hadis Nabi.

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari & Muslim)

Drp Anas, Sabda Nabi saw,

“Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga” (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,

“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.