Alhamdulillah produk panduan Video Lubuk Rahsia Dropship telah pun dilancarkan dan setakat 3 hari pelancaran sudah lebih 40 unit terjual. Saya ucapkan terima kasih kepada anda yang dah dapatkan panduan tersebut. Hari ni saya nak umumkan bonus-bonus terbaik yang telah disediakan khusus untuk pembeli Lubuk Rahsia Dropship. Anda boleh pilih untuk mendapatkan bonus yang bersesuaian dengan anda.
Saya rasa ini adalah satu panduan yang begitu lengkap dan boleh dianggap sebagai Kitab Affiliate yang mengandungi panduan A-Z untuk mereka yang baru atau pun dah berkecimpung dengan pemasaran Affiliate.
Panduan video yang jelas dan tersusun membantu saya sendiri untuk lebih memahami teknik-teknik dan rahsia yang digunakan oleh kebanyakan pakar affiliate selama ini menjana pendapatan ribuan ringgit di internet. Saya pun tak faham kenapa Rahman Basri sanggup mendedahkan rahsia beliau sendiri yang sekaligus mewujudkan persaingan kepada diri beliau sendiri… Jadi inilah peluang yang sepatutnya anda kena rebut segera…
Produk ini mengandungi 11 Modul iaitu
Modul 1 – Asas Pemasaran Affiliate
Modul 2 – Komisyen Saftey
Modul 3 – Teknik Promosi Cara PRO
Modul 4 – Kuasa HOT Button (Ini IBU segala teknik yang dibongkarkan secara eksklusif)
Modul 5 – Teknik Copy & Paste cara Pakar (Tiru cara pakar dapat hasil macam Pakar)
Modul 6- Teknik Dwi Komisyen (Income lumayan di sini, belum ada IM yang bongkar perkara ni selain Rahman Basri)
Modul 7 – Teknik RE Buyer ( Cara membuat pelanggan anda beli lagi produk yang anda Promosi)
Modul 8 – Teknik Bonus Killer ( Dengan teknik ni Newbie pun boleh buat bonus sendiri dgn cara simple)
Modul 9 – Slideshow Affiliate Workshop Mania
Modul 10 – Jana Komisyen Pertama
Modul 11 – Tips menjadi Pakar Affiliate
Tak cukup dengan DVD kursus beliau juga telah mengadakan sesi khas seminar bersama beliau dan Gero Azrul yang mana dalam kursus ini saya berpeluang bersua muka dengan otai IM dan menanyakan segala soalan-soalan tentang affiliate. Apa yang saya boleh katakan dengan seminar ini lebih banyak rahsia affiliate dibongkarkan.
Cuma saranan saya jika yang masih newbie ada perlu tahu bagaimana untuk setup squeeze page. Ini berguna untuk mengumpul list dan sekaligus mempraktikkan teknik-teknik yang ditunjukkan oleh Rahman Basri. Jika bermasalah untuk setup squeeze page anda boleh mendapatkan khidmat freelance di forum wangcyber. Kerja ada menjadi lebih mudah dan anda hanya perlu idea sahaja.
Akhir kalam dengan DVD dan Kursus Affiliate ini pelbagai teknik pemasaran telah didedahkan dan akan lebih memudahkan kita bukan sahaja dalam bidang affiliate tetapi juga berguna bila kita melancarkan produk sendiri…Senang cerita kursus ini adalah intipati utama dalam Internet Marketing.
Bertemu lagi kita pada hari ini..Harapan saya anda masih lagi dalam keadaan yang sihat untuk meneruskan matlamat anda dalam bidang perniagaan internet. Hari ini saya ingin berkongsi satu bonus Percuma untuk anda dan ia bernilai USD 97.
Saya sudah membaca e-book tersebut, e-book ini amat sesuai bagi yang ingin memulakan perniagaan Internet dan juga mereka yang sudah menjalankan perniagaan Internet dan ingin mengembangkannya.
E-book ini akan menghuraikan cara menarik pelawat ke website/blog anda. Perkara yang terpenting untuk semua website, semua perniagaan online , semua internet marketer adalah pelawat. Pelawat ke web anda sama pentingnya seperti pelawat ke mana-mana perniagaan offline seperti kedai runcit. Tanpa pelawat perniagaan anda tidak akan menghasilkan apa-apa.
Ramai pelawat bermakna lebih banyak jualan, lebih banyak iklan anda diklik, dan lebih banyak duit yang akan anda perolehi. Walaupun produk anda selengkap dan sehebat mana pun tanpa pelawat anda tetap tidak dapat menghasilkan sebarang jualan.
Dalam e-book yang ditulis seorang IM hebat , Justin Michie ini anda akan mendapat 2 e-book. Yang pertama e-book 247 kaedah menjana lebih banyak pelawat dan e-book kedua pula tentang bagaimana membina list yang sentiasa menjana traffik ke web anda.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan e-book bernialai USD97 ini secara percuma sekarang sebelum ia nya ditutup. E-book ini benar-benar dapat membantu terutamanya bagi newbie dalam perniagaan internet.
Klik sini untuk mendapatkan e-book ini secara PERCUMA !!
Harap anda semua pengunjung blog kuasa siber ini dalam keadaan yang sihat dan masih dapat menjalankan kerja dan tugas anda dengan sempurna. Maaf kerana agak lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan kerja-kerja mengemaskini beberapa blog lain untuk adsense dan juga Clickbank. Tetapi alhamdulillah kerja2 dalam perniagaan internet ini semakin memantapkan teknik saya dalam blogging dan juga teknik menarik pelawat. Jadi saya akan kongsikan pengalaman saya dan semoga anda dapat serba sedikit ilmu ini dan dipraktikkan.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik membina backlink.
Backlink pada dasarnya ialah hypertext link yang menghubungkan web. Paling mudah untuk dijelaskan ialah Backlink adalah link blog/web lain yang dihubungkan ke blog /web anda.
Backlink merupakan hal penting kerana Google dan enjin pencari lainnya menggunakan backlink untuk memastikan ranking algorithms. Misalnya, jika anda mencari keyword ‘perniagaan internet ‘ atau ‘buat duit’ di Google, kemungkinan bahawa blog/web yang di ranking 1 akan mempunyai lebih banyak backlink dari blog/web di ranking 10. Jadi blog/web di ranking 1 akan mempunyai lebih ramai pelawat dan mereka akan menukarkan trafik kepada pendapatan yang lumayan.
Backlink pada dasarnya memberitahu enjin pencari “Web/blog ini baik dan layak untuk ranking ini”. Contoh terbaik untuk backlink adalah hasil carian google untuk keyword “Click Here“. Uniknya anda akan lihat dalam web mereka tidak ada link ‘click here’ tetapi banyak web lain yang mempunyai backlink ‘click here’ yang menghubungkan kepada web mereka. Adobe mendapat ranking yang tinggi kerana ramai orang membuat backlink kepada web mereka dengan keyword ‘click here to download abode software’.
Adalah penting untuk anda membina backlink ke blog/web anda supaya anda boleh meningkatkan ranking enjin carian, dan mula menarik pelawat ke blog.web anda dari enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dan enjin carian lain. Beberapa blog dan web saya mendapat bilangan pelawat yang ramai setelah menggunakan teknik ini. Ia juga membantu meningkatkan pendapatan internet saya.
Beberapa Kaedah Membina Backlink
Forum Signature – Jika anda ahli kepada beberapa forum, anda boleh meletakkan link web/blog pada signature dan ia akan dipaparkan pada setiap post yang anda buat.
Tulis Artikel - Jika anda menulis artikel berkaitan niche anda, anda boleh hantarkan kepada direktori artikel dan meletakkan link anda pada penghujung artikel anda. Anda boleh dapatkan ratusan artikel direktori di sini.
Hantar ke Web Direktori – Sama seperti artikel direktori, ada juga direktori untuk link. Ia bukanlah direktori yang terlalu berkualiti tetapi ia boleh membantu anda. Klik di sini untuk beribu direktori .
Komen di Blog - Ada banyak blog di luar sana yang membenarkan anda meninggalkan komen dan biasanya membenarkan anda meletakkan link blog/web anda. Ini dapat membantu meningkatkan ranking blog/web anda juga. Cuma pastikan jangan sampai anda spam blog mereka.
Kaedah yang saya kongsikan di atas adalah 100% kaedah percuma. Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran. Jadi gunakan kaedah di atas dan tingkatkan pelawat ke blog/web anda. Semoga anda akan menjana wang di internet !! Selamat berjaya !!