Salam Sejahtera
Hari ini saya ingin melancarkan sebuah laporan PERCUMA tentang cara-cara memohon akaun adsense dan lulus dengan cepat tanpa perlu untuk membuat sebarang artikel atau blog. Cara ini telah pun saya praktikkan dan alhamdulillah saya dapat membantu rakan-rakan yang selama ini telah mohon akaun adsense tapi berkali-kali telah di reject permohonannya.
Dengan panduan ini saya harap ramai newbie yang ingin menceburi bidang adsense dapat memohon akaun adsense dengan cepat dan mudah. Sebarkanlah laporan ini kepada rakan-rakan kita yang lain. Saya berharap ia dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Klik pada gambar di bawah utk download

Jangan lupa sebarkan laporan ini kepada rakan-rakan anda. Semoga usaha anda dibalas oleh Allah SWT.
Mungkin sebelum ini anda biasa dengar tentang menjana wang dengan adsense, tetapi malangnya ramia yang tak dapat buat duit pun dengan adsense. Alasannya ialah kerana tidak mahir dalam bahasa inggeris dan bermasalah untuk menulis blog berbahasa inggeris.
Ada yang dah buat blog pula tak dapat banyak klik atau dapat keyword yang harganya murah. Apa yang terjadi sehari dapat 2-5 klik tetapi cuma menjana USD0.05 sahaja. Biasanya ini dibuat oleh mereka yang memfokuskan kepada “adsense for content”.
Tetapi tahukah anda google telah pun melancarkan satu lagi cara buat duit dengan adsense? Ia dipanggil ‘adsense for domain’. Untuk menjana wang dari adsense for domain anda tak perlukan blog atau website, apalagi menulis artikel.
Saya dapat katakan anda yang tak mahir langsung dengan bahasa inggeris pun boleh buat duit adsense.Apa yang lebih menarik anda cuma memerlukan domain yang boleh didapati secara PERCUMA. Anda tak perlu keluar duit langsung. Bermakna anda buat duit tanpa modal pun.
Di sini saya tunjukkan screenshot pendapatan adsense saya dalam masa beberapa hari mencuba teknik rahsia ini.
Klik pada gambar untuk besarkan
Bagi anda yang masih belum menjana wang dari adsense, apakata anda mulakan sekarang. Saya bersedia untuk membantu 3 orang sahaja pada bulan november ini menggunakan teknik rahsia yang saya gunakan.
Dengan teknik ini anda pasti boleh menjana sekurang-kurangnya USD5-USD20 sehari. Saya cuma mengenakan sedikit sahaja bayaran dan anda akan diajar secara online. Bayangkan sehari jika anda memperolehi USD10, sebulan anda mempunyai USD300 yang mana bersamaan RM1020.
Apa yang akan diajar
- Anda akan dibantu untuk setup akaun adsense
- Cara nak setup parking domain free
- Cara menarik traffik dengan cepat menggunakan kaedah blackhat
Pembelajaran akan diajar secara online menggunakan YM atau skype. Waktu untuk belajar akan ditentukan mengikut kelapangan masa anda. Untuk permulaan ini saya mengenakan bayaran RM200 sahaja dan ia akan dinaikkan bila-bila masa.
Bagi yang berminat segera mengisikan form di bahagian hubungi saya. Pengambilan terhad kepada 3 orang sahaja bulan ini kerana saya tidak ada banyak masa.
Update : Tawaran Telah Ditutup
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Harap anda semua pengunjung blog kuasa siber ini dalam keadaan yang sihat dan masih dapat menjalankan kerja dan tugas anda dengan sempurna. Maaf kerana agak lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan kerja-kerja mengemaskini beberapa blog lain untuk adsense dan juga Clickbank. Tetapi alhamdulillah kerja2 dalam perniagaan internet ini semakin memantapkan teknik saya dalam blogging dan juga teknik menarik pelawat. Jadi saya akan kongsikan pengalaman saya dan semoga anda dapat serba sedikit ilmu ini dan dipraktikkan.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik membina backlink.

Backlink pada dasarnya ialah hypertext link yang menghubungkan web. Paling mudah untuk dijelaskan ialah Backlink adalah link blog/web lain yang dihubungkan ke blog /web anda.
Backlink merupakan hal penting kerana Google dan enjin pencari lainnya menggunakan backlink untuk memastikan ranking algorithms. Misalnya, jika anda mencari keyword ‘perniagaan internet ‘ atau ‘buat duit’ di Google, kemungkinan bahawa blog/web yang di ranking 1 akan mempunyai lebih banyak backlink dari blog/web di ranking 10. Jadi blog/web di ranking 1 akan mempunyai lebih ramai pelawat dan mereka akan menukarkan trafik kepada pendapatan yang lumayan.
Backlink pada dasarnya memberitahu enjin pencari “Web/blog ini baik dan layak untuk ranking ini”. Contoh terbaik untuk backlink adalah hasil carian google untuk keyword “Click Here“. Uniknya anda akan lihat dalam web mereka tidak ada link ‘click here’ tetapi banyak web lain yang mempunyai backlink ‘click here’ yang menghubungkan kepada web mereka. Adobe mendapat ranking yang tinggi kerana ramai orang membuat backlink kepada web mereka dengan keyword ‘click here to download abode software’.
Adalah penting untuk anda membina backlink ke blog/web anda supaya anda boleh meningkatkan ranking enjin carian, dan mula menarik pelawat ke blog.web anda dari enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dan enjin carian lain. Beberapa blog dan web saya mendapat bilangan pelawat yang ramai setelah menggunakan teknik ini. Ia juga membantu meningkatkan pendapatan internet saya.
Beberapa Kaedah Membina Backlink
- Forum Signature - Jika anda ahli kepada beberapa forum, anda boleh meletakkan link web/blog pada signature dan ia akan dipaparkan pada setiap post yang anda buat.
- Tulis Artikel - Jika anda menulis artikel berkaitan niche anda, anda boleh hantarkan kepada direktori artikel dan meletakkan link anda pada penghujung artikel anda. Anda boleh dapatkan ratusan artikel direktori di sini.
- Hantar ke Web Direktori - Sama seperti artikel direktori, ada juga direktori untuk link. Ia bukanlah direktori yang terlalu berkualiti tetapi ia boleh membantu anda. Klik di sini untuk beribu direktori .
- Komen di Blog - Ada banyak blog di luar sana yang membenarkan anda meninggalkan komen dan biasanya membenarkan anda meletakkan link blog/web anda. Ini dapat membantu meningkatkan ranking blog/web anda juga. Cuma pastikan jangan sampai anda spam blog mereka.
Kaedah yang saya kongsikan di atas adalah 100% kaedah percuma. Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran. Jadi gunakan kaedah di atas dan tingkatkan pelawat ke blog/web anda. Semoga anda akan menjana wang di internet !! Selamat berjaya !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya cuma nak berkongsi tentang perniagaan internet. Ramai yang pada peringkat awal seperti saya dahulu tidak memahami dari mana datangnya sumber pendapatan melalui perniagaan di internet. Kadang-kadang terfikir pula bagaimana nak memulakan perniagaan sedangkan kita tiada produk sendiri untuk dijual.
Bagusnya perniagaan di internet ini anda ada banyak sumber untuk dijadikan sumber pendapatan. Di sini saya kongsikan beberapa jenis program di internet yang boleh memberi sumber pendapatan kepada anda.
1. Affiliate
Anda tak perlu risau walaupun tiada produk sendiri untuk dijual di internet kerana anda boleh menjual produk orang lain dan anda dibayar komisyen. Inilah yang dipanggil affiliate . Di Malaysia ada di antara Internet Marketers yang telah menjana pendapatan 5 angka dari program affiliate. Biasanya pemilik sesuatu produk akan memberikan komisyen sehingga 50% dari harga produk. Tugas anda cuma mempromosikan produk mereka samada produk berbentuk digital atau fizikal. Yang lain-lain akan diruskan sendiri oleh pemilik. Senangkan… Anda boleh menyertai program affilliate terbesar dunia iaitu ClickBank. Ramai usahawan internet di Malaysia yang telah memperolehi pendapatan 5 angka dari ClickBank dan anda juga boleh mendapatkan panduan ClickBank dalam bahasa Melayu.
2. Pengiklanan
Sekiranya anda telah pun memiliki blog dan sejumlah pelawat yang konsisten, anda berpeluang menyewakan ruangan di blog anda untuk meletakkan iklan. Anda boleh mendapatkan terus pengiklan atau menggunakan broker. Pengiklanan yang paling popular sekarang ini adalah google adsense. Yang menariknya anda boleh memulakan program google adsense ini tanpa modal. Dengan hanya menggunakan blog percuma dari blogspot anda sudah boleh menjalankan program ini. Selain dari google adsense banyak lagi program pengiklanan lain yang boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada anda.
3. Bisnes Networking Melalui Internet
Jika sebelum ini anda pernah menjalankan perniagaan MLM atau networking secara offline mungkin banyak cabaran masa dan kos yang anda perlu keluarkan. Apakata anda mencuba pula menjalankan perniagaan networking melalui internet.
Kesimpulannya ada pelbagai sumber pendapatan di internet. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu. Peluang perniagaan internet ini ibarat sebuah kek yang besar untuk dikongsikan bersama.