Posts tagged: laman lelong

Cara Buat Duit Di Mudah.my

By Najib | 04/11/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berjumpa lagi kita lagi di alam siber ini. Hari ini ramai orang menggunakan internet terutama untuk bersosial cth ; facebook, myspace, friendster, twitter dan mcm2 lagi, tapi tak ramai yang mengetahui cara untuk buat duit di internet.

Buat duit di internet tak perlukan kedai, tak perlu banyak masa. Hari ini saya cuma nak berkongsi macam mana cara paling senang nak dapat duit di internet tanpa perlu ada laman web atau blog sendiri dan cuma jual barangan yang memang kita dah tak nak gunakan.

Mungkin ramai antara kita yang pernah dengar tentang laman web mudah.my. Tengok screenshot di bawah ni

mudah

Laman mudah.my menyenaraikan segaa barangan yang boleh anda beli/jual. Anda tak perlukan sebarang kos pendaftaran atau kos bayaran untuk disenaraikan dalam mudah.my .

Dan untuk pengetahuan anda, laman mudah.my ni lebih ramai pengunjung berbanding laman web lelong. Apa yang anda perlu buat ialah terus senaraikan apa barangan yang anda ingin jual, mungkin anda mempunyai komputer yang terpakai, seluar, kasut, koleksi barangan antik semuanya anda boleh jual di sini.

Cuma bagaimana hendak menarik pelanggan membeli barangan yang anda jual dengan menggunakan ayat2 power dan teknik psikologi? Raja Kamil ada jawapannya. Anda cuma perlu dapatkan buku panduan buat duit dengan mudah.my. Saya sendiri telah berjaya membuat jualan melebihi RM1500  dalam masa seminggu. Kini giliran anda pula untuk mendapatkan panduan ini dan mula buat duit dengan mudah.my. Dapatkan segera sebelum harga dinaikkan .

Klik untuk dapatkan Panduan Mudah.my

Menjual Produk Fizikal Di Internet

By Najib | 11/06/2009

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Potensi perniagaan di internet membolehkan kita menjual apa sahaja produk samada berbentuk digital atau fizikal. Hari ini saya cuma nak kongsikan tips menjual di laman web lelong terkemuka di Malaysia iaitu lelong.com.my.  Saya sendiri telah menyertai portal lelongan ini semenjak 2004. Dulu saya hanya pembeli sahaja di lelong dan saya dapati pembelian melalui laman lelong sangat selamat dari penipuan.

Lelong

Ini kerana anda boleh memeriksa rating setiap penjual di lelong.  Setiap ahli lelong juga perlu membuat pengesahan kad pengenalan. Jadi sukar untuk berlaku penipuan. Anda boleh menjual apa sahaja produk samada produk yang masih baru, terpakai dan antik. Sangat mudah untuk melakukan jualan kerana trafik yang tinggi di laman web lelong.

Jadi jika anda ada produk yang ingin dijual apakata anda mendaftar sebagai ahli lelong sekarang dan iklankan produk anda. Anda boleh memilih samada menjual secara harga tetap (firm) atau lelongan (auction). Tetapkan harga dan juga kos penghantaran. Pastikan anda meletakkan maklumat lengkap produk anda.

Sekiranya ada yang bertanya melalui emel atau sms, segera selesaikan persoalan mereka. Saya yakin anda pasti dapat membuat jualan di laman lelong

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.