Alhamdulillah produk panduan Video Lubuk Rahsia Dropship telah pun dilancarkan dan setakat 3 hari pelancaran sudah lebih 40 unit terjual. Saya ucapkan terima kasih kepada anda yang dah dapatkan panduan tersebut. Hari ni saya nak umumkan bonus-bonus terbaik yang telah disediakan khusus untuk pembeli Lubuk Rahsia Dropship. Anda boleh pilih untuk mendapatkan bonus yang bersesuaian dengan anda.
Saya rasa ini adalah satu panduan yang begitu lengkap dan boleh dianggap sebagai Kitab Affiliate yang mengandungi panduan A-Z untuk mereka yang baru atau pun dah berkecimpung dengan pemasaran Affiliate.
Panduan video yang jelas dan tersusun membantu saya sendiri untuk lebih memahami teknik-teknik dan rahsia yang digunakan oleh kebanyakan pakar affiliate selama ini menjana pendapatan ribuan ringgit di internet. Saya pun tak faham kenapa Rahman Basri sanggup mendedahkan rahsia beliau sendiri yang sekaligus mewujudkan persaingan kepada diri beliau sendiri… Jadi inilah peluang yang sepatutnya anda kena rebut segera…
Produk ini mengandungi 11 Modul iaitu
Modul 1 – Asas Pemasaran Affiliate
Modul 2 – Komisyen Saftey
Modul 3 – Teknik Promosi Cara PRO
Modul 4 – Kuasa HOT Button (Ini IBU segala teknik yang dibongkarkan secara eksklusif)
Modul 5 – Teknik Copy & Paste cara Pakar (Tiru cara pakar dapat hasil macam Pakar)
Modul 6- Teknik Dwi Komisyen (Income lumayan di sini, belum ada IM yang bongkar perkara ni selain Rahman Basri)
Modul 7 – Teknik RE Buyer ( Cara membuat pelanggan anda beli lagi produk yang anda Promosi)
Modul 8 – Teknik Bonus Killer ( Dengan teknik ni Newbie pun boleh buat bonus sendiri dgn cara simple)
Modul 9 – Slideshow Affiliate Workshop Mania
Modul 10 – Jana Komisyen Pertama
Modul 11 – Tips menjadi Pakar Affiliate
Tak cukup dengan DVD kursus beliau juga telah mengadakan sesi khas seminar bersama beliau dan Gero Azrul yang mana dalam kursus ini saya berpeluang bersua muka dengan otai IM dan menanyakan segala soalan-soalan tentang affiliate. Apa yang saya boleh katakan dengan seminar ini lebih banyak rahsia affiliate dibongkarkan.
Cuma saranan saya jika yang masih newbie ada perlu tahu bagaimana untuk setup squeeze page. Ini berguna untuk mengumpul list dan sekaligus mempraktikkan teknik-teknik yang ditunjukkan oleh Rahman Basri. Jika bermasalah untuk setup squeeze page anda boleh mendapatkan khidmat freelance di forum wangcyber. Kerja ada menjadi lebih mudah dan anda hanya perlu idea sahaja.
Akhir kalam dengan DVD dan Kursus Affiliate ini pelbagai teknik pemasaran telah didedahkan dan akan lebih memudahkan kita bukan sahaja dalam bidang affiliate tetapi juga berguna bila kita melancarkan produk sendiri…Senang cerita kursus ini adalah intipati utama dalam Internet Marketing.
Alhamdulillah tahun 2009 yang kita lalui selama 365 hari akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Mungkin kita telah melalui cabaran sepanjang 2009 samaada kita berjaya atau gagal dalam mengharungi cabaran-cabaran itu. Apa yang pentingnya bukan sahaja keputusan berjaya atau gagal itu, tapi pelajaran atau pengajaran yang kita perolehi.
Jika berjaya alhamdulillah, kalau tidak pun itu bukan kegagalan yang kekal tapi sementara jer. Pengajaran yang kita dapat tahun ni kita gunakan untuk kejayaan tahun 2010 ni. Kita fokus kepada perniagaan internet pulak, macamana dengan perniagaan internet anda?
Bagi diri saya sendiri sepanjang 2009 ni banyak ilmu yang saya dapat dari bidang perniagaan internet ni. Saya dapat menggunakan blog dan website untuk menjual produk fizikal dan digital. Alhamdulillah hasilnya jika dikira memang mencecah 4 angka. Walaupun belum mencecah 5 angka setahun, tapi ia adalah satu permulaan yang baik.
Saya teringat kata-kata seorang IM, dapatkan RM1 yang pertama dari internet, InsyaAllah lepas tu akan mencurah-curah lagi wang dari perniagaan internet. Sebelum ni saya telah memulakan program google adsense dan dah 3 kali menerima cek dari google. Sekarang pula saya sedang menumpukan pada Program Affilliate terutamanya Clickbank dan Commission Junction. Hasil telah pun mula masuk dan pada masa akan datang saya bercadang untuk membantu orang lain pula untuk mendapatkan wang dari program-program tersebut.
Setelah melalui pelbagai permasalahan baru saya faham sebenarnya perniagaan internet bukanlah terlalu susah tetapi yang penting ialah fokus dan kesungguhan dari kita. Ramai IM lain yang berpengalaman dan mencurahkan ilmu mereka, cuma kita sahaja yang kadang-kadang buat kerja separuh jalan. Fokus pada satu peluang buat duit di internet sehingga berhasil dan baru kita mulakan cabang lain pula. Contohnya jika anda belum mempunyai produk sendiri, fokus pada bidang affilliate.
Apa azam anda tahun 2010 ni? Azam saya sendiri untuk tahun 2010 ni ialah mendapatkan pendapatan dari affilliate sebanyak USD2000 sebulan dan saya juga akan mengadakan bengkel-bengkel perniagaan internet untuk membantu usahawan-usahawan baru dalam perniagaan internet. InsyaAllah. Saya juga sentiasa akan mengemaskini blog ini dan memberi tips-tips yang berkesan berkaitan perniagaan internet.
Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menyediakan pelan kejayaan tahun 2010. Jika belum anda mulakan sekarang !! Harapan saya tahun 2010 memberi peluang pada kita semua merealisasikan impian menjadi kenyataan. Allahuakbar !!
P/S : Terima kasih kepada pengunjung blog saya sepanjang tahun 2009 ni. Sentiasalah memberi komen2 yang membina dalam blog ini.
Tahun 2009 dah hampir melabuhkan tirainya. Mungkin ada antara anda yang dah mencapai matlamat serta azam yang anda rancang di awal tahun dulu. Hari ini saya nak kongsikan satu promosi dari PayPal. Sempena hujung tahun ni, paypal bermurah hati nak bagi duit free pada anda semua. Maksimum paypal akan bagi ialah USD100.
Macamana nak dapat?
Anda hanya perlu daftar Paypal Wishlist. Lepas tu promote jer link yg diberikan kat blog, facebook, twitter dan lain-lain cara yang anda ada. Setiap orang yang mendaftar anda alan dibayar USD1 oleh paypal. Senang jerkan.. Jangan buang masa, daftar sekarang untuk mendapatkan USD100.