Posts tagged: perniagaan internet

Meningkatkan Trafik Dengan Kaedah Membina Backlink

By Najib | 02/07/2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Harap anda semua pengunjung blog kuasa siber ini dalam keadaan yang sihat dan masih dapat menjalankan kerja dan tugas anda dengan sempurna. Maaf kerana agak lama tidak update blog ini kerana sibuk dengan kerja-kerja mengemaskini beberapa blog lain untuk adsense dan juga Clickbank. Tetapi alhamdulillah kerja2 dalam perniagaan internet ini semakin memantapkan teknik saya dalam blogging dan juga teknik menarik pelawat. Jadi saya akan kongsikan pengalaman saya dan semoga anda dapat serba sedikit ilmu ini dan dipraktikkan.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik membina backlink.

backlink-builder-google-wheel

Backlink  pada dasarnya ialah hypertext link yang menghubungkan web. Paling mudah untuk dijelaskan ialah  Backlink  adalah link blog/web lain yang dihubungkan ke blog /web anda.

Backlink merupakan hal penting kerana  Google dan enjin  pencari lainnya menggunakan backlink  untuk memastikan ranking algorithms. Misalnya, jika  anda mencari keyword  ‘perniagaan internet ‘ atau ‘buat duit’ di Google, kemungkinan bahawa blog/web  yang di ranking 1 akan mempunyai lebih banyak backlink dari blog/web  di ranking 10.  Jadi blog/web di ranking 1 akan mempunyai lebih ramai pelawat  dan mereka akan menukarkan trafik  kepada pendapatan yang lumayan.

Backlink pada dasarnya memberitahu enjin pencari “Web/blog ini baik dan layak untuk ranking ini”.  Contoh terbaik untuk backlink adalah hasil carian google untuk keyword “Click Here“.  Uniknya anda akan lihat dalam web mereka tidak ada link ‘click here’ tetapi banyak web lain yang mempunyai backlink ‘click here’ yang menghubungkan kepada web mereka. Adobe mendapat ranking yang tinggi kerana ramai orang membuat backlink kepada web mereka dengan keyword ‘click here to download abode software’.

Adalah penting untuk anda membina backlink ke blog/web anda supaya anda boleh meningkatkan ranking enjin carian, dan mula menarik pelawat ke blog.web anda dari enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dan enjin carian lain.  Beberapa blog dan web saya mendapat bilangan pelawat yang ramai setelah menggunakan teknik ini. Ia juga membantu meningkatkan pendapatan internet saya.

Beberapa Kaedah Membina Backlink

  • Forum Signature – Jika anda ahli kepada beberapa forum, anda boleh meletakkan link web/blog pada signature dan ia akan dipaparkan pada setiap post yang anda buat.
  • Tulis Artikel -  Jika anda menulis artikel berkaitan niche anda, anda boleh hantarkan kepada direktori artikel dan meletakkan link anda pada penghujung artikel anda. Anda boleh dapatkan ratusan artikel direktori di sini.
  • Hantar ke Web Direktori – Sama seperti artikel direktori, ada juga direktori untuk link. Ia bukanlah direktori yang terlalu berkualiti tetapi ia boleh membantu anda. Klik di sini untuk beribu direktori .
  • Komen di Blog -  Ada banyak blog di luar sana yang membenarkan anda meninggalkan komen dan biasanya membenarkan anda meletakkan link blog/web anda.  Ini dapat membantu meningkatkan ranking blog/web anda juga. Cuma pastikan jangan sampai anda spam blog mereka.

Kaedah yang saya kongsikan di atas adalah 100%  kaedah percuma. Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran. Jadi gunakan kaedah di atas dan tingkatkan pelawat ke blog/web anda. Semoga anda akan menjana wang di internet !! Selamat berjaya !!

Menjual Produk Fizikal Di Internet

By Najib | 11/06/2009

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Potensi perniagaan di internet membolehkan kita menjual apa sahaja produk samada berbentuk digital atau fizikal. Hari ini saya cuma nak kongsikan tips menjual di laman web lelong terkemuka di Malaysia iaitu lelong.com.my.  Saya sendiri telah menyertai portal lelongan ini semenjak 2004. Dulu saya hanya pembeli sahaja di lelong dan saya dapati pembelian melalui laman lelong sangat selamat dari penipuan.

Lelong

Ini kerana anda boleh memeriksa rating setiap penjual di lelong.  Setiap ahli lelong juga perlu membuat pengesahan kad pengenalan. Jadi sukar untuk berlaku penipuan. Anda boleh menjual apa sahaja produk samada produk yang masih baru, terpakai dan antik. Sangat mudah untuk melakukan jualan kerana trafik yang tinggi di laman web lelong.

Jadi jika anda ada produk yang ingin dijual apakata anda mendaftar sebagai ahli lelong sekarang dan iklankan produk anda. Anda boleh memilih samada menjual secara harga tetap (firm) atau lelongan (auction). Tetapkan harga dan juga kos penghantaran. Pastikan anda meletakkan maklumat lengkap produk anda.

Sekiranya ada yang bertanya melalui emel atau sms, segera selesaikan persoalan mereka. Saya yakin anda pasti dapat membuat jualan di laman lelong

Teknik Menjana Wang Melalui ClickBank

By Najib | 04/06/2009

Sehingga pertengahan tahun 2008, ramai rakyat Malaysia bertungkus lumus untuk menjana wang melalui ClickBank. Malangnya, disebabkan beberapa alasan yang tidak diketahui, ClickBank menolak semua permohonan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia bercadang untuk menggunakan “pintu belakang” untuk mendaftar akaun ClickBank. Saya pasti anda masih mengingati ebook Gobala Krishnan yang bertajuk “Chapter-M”, bukan? Ramai rakyat Malaysia telah membelinya beberapa tahun yang lalu dan mereka mencuba sebaik mungkin untuk memulakan perniagaan ClickBank mereka.

box medium
Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank

Kenapa? Kerana ClickBank merupakan peluang affiliate yang luas dan jika anda tidak menggunakan ClickBank, anda akan ketinggalan banyak produk yang hebat yang anda boleh promosikan dengan senang untuk menjana wang secara online. Terdapat 10,000 produk ClickBank yang hampir kebanyakkannya terdiri daripada ebook, perisian dan laman web keahlian. ClickBank hanya menjual produk digital dan itulah perkara yang paling menakjubkan!

Produk digital, memandangkan ia tidak mengandungi kos penghantaran atau kos fizikal, ia mempunyai nilai keuntungan yang sangat tinggi. Sebab itulah kenapa para peniaga mampu membayar komisyen sehingga 75% setiap produk yang anda promosikan – anda tidak akan pernah mendapat kelebihan ini jika mempromosikan produk fizikal atau apa jua produk di dunia offline.

Sekarang, sesiapa pun rakyat Malaysia boleh mendaftar akaun ClickBank tanpa perlu melalui kaedah “pintu belakang”, pejabat virtual atau alamat palsu. Saya rasa kita sepatutnya sudah mula memanfaatkan kelebihan situasi ini dan jana wang sebanyak yang mungkin!

Untuk menjana wang melalui ClickBank adalah sangat mudah, jika anda mengetahui formula rahsianya.

1) Mengetahui Bagaimana untuk Mencari Produk Yang Perlu Dipromosikan

Seperti yang saya maklumkan, terdapat 10,000 produk – Jadi, yang mana satu yang anda ingin promosikan? Sebenarnya, terdapat formula yang boleh digunakan dalam kes ini dan hampir kesemua maklumat yang anda inginkan sudah tersedia di dalam laman web ClickBank. Anda hanya perlu mengetahui di mana anda perlu mencarinya dan bagaimana untuk menganalisa segala statistik dan data.

2) Tumpukan Hanya Kepada 1 Pasaran dan 5 Produk

Anda PERLU memilih sebuah pasaran yang anda ingin promosikan. Anda tidak boleh mempromosikan sebuah produk yang berkaitan dengan Pemasaran Internet dan sebuah lagi produk pelangsingan badan! Ini akan membuatkan anda kurang tumpuan dan akhirnya anda tidak dapat menjana satu sen pun.

Cari satu pasaran “niche” yang anda fikir serasi dengan anda dan kaji atau cari produk mana yang menjadi produk top 3-5 dalam ClickBank. Anda tidak perlu hiraukan produk yang lain kerana 80% daripada jualan dibuat melalui produk yang 5 teratas. Anda tidak boleh mempromosikan hanya sebuah produk kerana ia akan membazirkan masa anda. Anda juga tidak boleh mempromosikan terlalu banyak produk, jadi hanya 3 hingga 5 produk, sudah mencukupi.

3) Hasilkan Laman Web yang Dapat Menjual

Ya, ini merupakan bahagian yang paling penting. Anda boleh menghantar pelawat atau prospek secara langsung ke laman produk dengan link affiliate anda dan menjana wang. Walaubagaimanapun, jika anda ingin memaksimakan komisyen anda, anda perlu membina sekurang-kurangnya sebuah laman web di mana anda menulis sebuah “ulasan produk” mengenai produk top 5 ini supaya pelawat dapat membandingkan dan menentukan produk yang terbaik untuk mereka.

Ulasan produk anda mestilah ditulis dengan caranya yang tersendiri yang akan menghapuskan segala keraguan pembaca anda, menyakinkan mereka bahawa ia merupakan produk yang terbaik dan buatkan mereka ingin membelinya dengan serta-merta. Pakar memanggilnya sebagai “Landing Pages” dan ia terbukti lebih berkesan daripada blog ataupun jenis laman web yang lain.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut bagaimana untuk menjana wang melalui ClickBank sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menyarankan anda untuk melihat Rahsia ClickBank yang dihasilkan oleh Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan:

http://www.rahsiaclickbank.com/

Ia merupakan pakej yang sangat bagus yang menerangkan secara terperinci semua yang saya ceritakan sebentar tadi. Selain itu, mereka telah berusaha keras untuk menyediakan laman web ClickBank yang siap sedia untuk digunakan oleh anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah meng’upload’nya ke dalam ‘hosting’ laman anda dan menggantikan ID ClickBank anda.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ClickBank, di sini:

http://www.rahsiaclickbank.com

Ingat, ClickBank pernah menutup penyertaan rakyat Malaysia dan tiada jaminan perkara ini tidak akan terjadi lagi. walaubagaimanapun, jika anda mulakannya sekarang, anda boleh mengambil kesempatan dengan situasi ini dan menjana ribuan ringgit secara online sebelum lebih ramai rakyat Malysia mengetahui kewujudan ClickBank. Selain daripada itu, jika mereka menutup kembali penyertaan rakyat Malaysia, anda tidak akan terjejas jika anda sudah pun menjadi affiliate yang sentiasa membuat jualan.

Rahsia ClickBank adalah satu jalan yang bagus untuk dimulakan, sesuatu yang saya sarankan dengan penuh kejujuran:

http://www.rahsiaclickbank.com

Menarik Pelawat Ke Blog/Web Anda

By Najib | 02/06/2009

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa cara dalam menarik pelawat ke blog anda. Bilangan pelawat yang ramai membantu anda untuk mempromosikan blog dan perniagaan yang anda jalankan. Biasanya anda boleh menggunakan cara berbayar atau percuma. Untuk permulaan kita gunakan kaedah percuma dahulu.

1. Email Marketing

Anda boleh menghantar emel kepada kenalan dan senarai contact yang ada dalam emel anda. Bina ayat-ayat yang boleh menarik perhatian mereka untuk datang ke blog anda.

Cara kedua anda boleh set ‘signature’ dalam emel anda. Setiap kali anda menghantar atau membalas emel, signature itu akan keluar secara automatik di bawah sekali dalam emel anda. Biasanya signature itu mengandungi link terus ke blog anda.

signature-emel

Cara ketiga gunakan setting vacation reply (autoresponder). Setiap kali ada orang menghantar emel kepada anda, sistem ini secara automatik akan membalas emel mereka.  Contoh  autoresponder yang anda boleh letak begini

‘ Saya akan membalas emel anda secepat mungkin.  Lawati blog buat duit di internet dari rumah di www.kuasadua.net ‘

2.  Sertai Forum

Bina kredibiliti  anda dulu dalam forum. Anda boleh menyertai forum-forum mengikut minat anda. Mungkin kalau anda seorang yang gila kereta, anda boleh join forum berkaitan kereta. Kongsikan kepakaran dan kemahiran anda dalam forum. Jadi ahli-ahli forum yang lain akan nampak kredibiliti anda.  Anda boleh meninggalkan signature dalam forum tersebut untuk membawa mereka terus ke blog anda.


3.  Laman Social Network

Sekarang ini laman social network begitu popular dan menjadi kegilaan ramai. Kebanyakan orang pasti mempunyai social network mereka sendiri seperti Friendster, Myspace, Facebook, tagged dan banyak lagi. Gunakan laman social network ini untuk menambahkan seberapa ramai kenalan anda. Dari situ juga anda boleh mempromosikan link blog anda.

social-network

4. Join Mybloglog

Anda perlu mendaftar di mybloglog.com . Anda hanya perlu yahoo id untuk log in ke mybloglog. Fungsinya ialah setiap kali anda berkunjung ke blog orang lain, anda seolah-olah meninggalkan tapak kaki anda. Tapak kaki , apa tu ?

Macam ni bila anda sudah ada akaun mybloglog, setiap kali berkunjung ke blog orang lain, profil mybloglog anda akan dipaparkan di blog yang anda lawati. Dari situ pengunjung kain boleh klik pada profil anda dan dibawa ke blog anda. Jadi tugas anda hanya perlu rajin melawat blog orang lain untuk meninggalkan ‘tapak kaki’ anda.

mybloglog

5. Chatting

Hah..yang ini paling senang dan memang ramai yang suka buat pun..berchatting !!  Sambil anda berchatting di YM atau skype jangan lupa letakkan link blog anda di status YM atau skype anda. Anda boleh berkenalan dengan ramai orang untuk meluaskan kenalan anda dan jadikan mereka pelawat di blog anda.

yahoo messenger pic

6.  Hantar Komen

Anda boleh melawat ke blog orang lain lebih-lebih lagi blog yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi. Selepas itu anda tinggalkan komen dalam artikel-artikel mereka.  Anda akan diminta memasukkan nama, emel dan website anda. Di situlah peluang anda meninggalkan link blog anda dan menarik trafik ke blog anda.  Bagi blog yang mempunyai shout box anda juga boleh tinggalkan komen di situ.

—————————————————————————————————————————-

Ingin mendapatkan Webhosting untuk menempatkan blog anda ? Kunjungi internet webhosting, penyedia hosting terbaik di Malaysia.

webhosting3

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.