Posts tagged: perniagaan internet

Menarik Pelawat Guna Youtube

By Najib | 31/05/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kejayaan suatu blog adalah terletak kepada bilangan pelawat ke blog anda. Tanpa pelawat blog anda tidak dapat untuk menjana sebarang pendapatan. Ada 2 pilihan untuk menarik pelawat ke blog anda iaitu kaedah berbayar dan kaedah percuma. Bagi anda yang ingin menggunakan kos yang minimum, anda boleh menggunakan kaedah percuma.

Kaedah percuma yang ingin saya sarankan adalah menggunakan teknik video marketing melalui web video paling popular iaitu Youtube.  Setiap hari berjuta-juta orang dari serata dunia akan pergi ke laman Youtube.  Di sinilah peluang anda untuk menarik pelawat ke blog anda.

Anda boleh mendapatkan video-video yang berkaitan blog anda dari youtube. Kemudian mungkin anda boleh buat ‘editing’ sedikit dan upload semula ke dalam youtube. Gunakan tags2 dari video yang paling mendapat kedudukan teratas mengikut keyword.  Selepas itu letakkan link blog anda dalam bahagian info.

Pengunjung2 yang melihat video itu nanti akan klik pada link anda  dan terus dibawa ke blog anda. Jadi anda boleh mencuba teknik anda dan mudah-mudahan blog anda akan mendapat bilangan pelawat yang ramai.

3400545740_29b7ef5f05_o

Kepelbagaian Pendapatan Dalam Perniagaan Internet

By Najib | 26/05/2009

jana pendapatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya cuma nak berkongsi tentang perniagaan internet. Ramai yang pada peringkat awal seperti saya dahulu tidak memahami dari mana datangnya sumber pendapatan melalui perniagaan di internet. Kadang-kadang terfikir pula bagaimana nak memulakan perniagaan sedangkan kita tiada produk sendiri untuk dijual.

Bagusnya perniagaan di internet ini anda ada banyak sumber untuk dijadikan sumber pendapatan. Di sini saya kongsikan beberapa jenis program di internet yang boleh memberi sumber pendapatan kepada anda.

1. Affiliate

Anda tak perlu risau walaupun tiada produk sendiri untuk dijual di internet kerana anda boleh menjual produk orang lain dan anda dibayar komisyen. Inilah yang dipanggil affiliate . Di Malaysia ada di antara Internet Marketers yang telah menjana pendapatan 5 angka dari program affiliate. Biasanya pemilik sesuatu produk akan memberikan komisyen sehingga 50% dari harga produk. Tugas anda cuma mempromosikan produk mereka samada produk berbentuk digital atau fizikal. Yang lain-lain akan diruskan sendiri oleh pemilik. Senangkan… Anda boleh menyertai program affilliate terbesar dunia iaitu ClickBank. Ramai usahawan internet di Malaysia yang telah memperolehi pendapatan 5 angka dari ClickBank dan anda juga boleh mendapatkan panduan ClickBank dalam bahasa Melayu.

2.   Pengiklanan

Sekiranya anda telah pun memiliki blog dan sejumlah pelawat yang konsisten, anda berpeluang menyewakan ruangan di blog anda untuk meletakkan iklan. Anda boleh mendapatkan terus pengiklan atau menggunakan broker. Pengiklanan yang paling popular sekarang ini adalah google adsense. Yang menariknya anda boleh memulakan program google adsense ini tanpa modal. Dengan hanya menggunakan blog percuma dari blogspot anda sudah boleh menjalankan program ini. Selain dari google adsense banyak lagi program pengiklanan lain yang boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada anda.

3.   Bisnes Networking Melalui Internet

Jika sebelum ini anda pernah menjalankan perniagaan MLM atau networking secara offline mungkin banyak cabaran masa  dan kos yang anda perlu keluarkan. Apakata anda mencuba pula menjalankan perniagaan networking  melalui internet. 

Kesimpulannya ada pelbagai sumber pendapatan di internet. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu. Peluang perniagaan internet ini ibarat sebuah kek yang besar untuk dikongsikan bersama.


Statistik Terkini Pengguna Internet Dunia

By Najib | 23/05/2009

Ramai tertanya-tanya sejauh mana potensi perniagaan di alam siber ini.. Sebenarnya perniagaan siber ini bukan semudah atau sesukar yang disangka. Bezanya dengan perniagaan biasa ialah pada tempat perniagaan kita. Jika perniagaan biasa anda memerlukan kedai tetapi dengan adanya alam siber ini anda hanya perlukan sebuah laman web untuk perniagaan anda.

Hari ini saya cuma ingin berkongsi sejauh mana potensi perniagaan siber ini. Saya telah pun mengambil statistik terkini dari sebuah laman web http://www.internetworldstats.com. Nampaknya bilangan pengguna internet setiap hari semakin bertambah dan mereka ini semualah adalah bakal pelanggan/prospek anda.

Jom kita tengok statistik ni !!

Cuba anda perhatikan setiap negara mengalami pertumbuhan melebihi 100% untuk pengguna internet mereka. Di Malaysia sahaja jumlah terkini pengguna internet melebihi 15 juta orang. Jika anda dapat menukarkan 1% daripada mereka ( 150 ribu orang ) menjadi  pelanggan anda bayangkan betapa banyak keuntungan yang anda boleh dapati.

Jadi marilah sama-sama kita meneroka peluang perniagaan siber ini !!

Salam Pengenalan

By Najib |

Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog Kuasa Siber saya ini. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam perniagaan internet tetapi saya sedaya upaya untuk berkongsi dengan anda sedikit ilmu yang saya ada. Sebelum ini saya memang telah pun mempunyai sebuah blog mengenai perniagaan internet, tetapi malangnya syarikat hosting yang saya langgan telah tutup dan tidak memberi file back up kepada saya. Mungkin  itu sebuah cabaran untuk saya.

Diharap pada kawan2 internet marketers yang lain dapat sama memberi kerjasama dan sedikit tunjuk ajar kepada saya. InsyaAllah sama2 kita berjaya dalam perniagaan siber ini.

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.