Menarik Pelawat Ke Blog/Web Anda
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa cara dalam menarik pelawat ke blog anda. Bilangan pelawat yang ramai membantu anda untuk mempromosikan blog dan perniagaan yang anda jalankan. Biasanya anda boleh menggunakan cara berbayar atau percuma. Untuk permulaan kita gunakan kaedah percuma dahulu.
1. Email Marketing
Anda boleh menghantar emel kepada kenalan dan senarai contact yang ada dalam emel anda. Bina ayat-ayat yang boleh menarik perhatian mereka untuk datang ke blog anda.
Cara kedua anda boleh set ’signature’ dalam emel anda. Setiap kali anda menghantar atau membalas emel, signature itu akan keluar secara automatik di bawah sekali dalam emel anda. Biasanya signature itu mengandungi link terus ke blog anda.

Cara ketiga gunakan setting vacation reply (autoresponder). Setiap kali ada orang menghantar emel kepada anda, sistem ini secara automatik akan membalas emel mereka. Contoh autoresponder yang anda boleh letak begini
‘ Saya akan membalas emel anda secepat mungkin. Lawati blog buat duit di internet dari rumah di www.kuasadua.net ‘
2. Sertai Forum
Bina kredibiliti anda dulu dalam forum. Anda boleh menyertai forum-forum mengikut minat anda. Mungkin kalau anda seorang yang gila kereta, anda boleh join forum berkaitan kereta. Kongsikan kepakaran dan kemahiran anda dalam forum. Jadi ahli-ahli forum yang lain akan nampak kredibiliti anda. Anda boleh meninggalkan signature dalam forum tersebut untuk membawa mereka terus ke blog anda.
3. Laman Social Network
Sekarang ini laman social network begitu popular dan menjadi kegilaan ramai. Kebanyakan orang pasti mempunyai social network mereka sendiri seperti Friendster, Myspace, Facebook, tagged dan banyak lagi. Gunakan laman social network ini untuk menambahkan seberapa ramai kenalan anda. Dari situ juga anda boleh mempromosikan link blog anda.
![]()
4. Join Mybloglog
Anda perlu mendaftar di mybloglog.com . Anda hanya perlu yahoo id untuk log in ke mybloglog. Fungsinya ialah setiap kali anda berkunjung ke blog orang lain, anda seolah-olah meninggalkan tapak kaki anda. Tapak kaki , apa tu ?
Macam ni bila anda sudah ada akaun mybloglog, setiap kali berkunjung ke blog orang lain, profil mybloglog anda akan dipaparkan di blog yang anda lawati. Dari situ pengunjung kain boleh klik pada profil anda dan dibawa ke blog anda. Jadi tugas anda hanya perlu rajin melawat blog orang lain untuk meninggalkan ‘tapak kaki’ anda.

5. Chatting
Hah..yang ini paling senang dan memang ramai yang suka buat pun..berchatting !! Sambil anda berchatting di YM atau skype jangan lupa letakkan link blog anda di status YM atau skype anda. Anda boleh berkenalan dengan ramai orang untuk meluaskan kenalan anda dan jadikan mereka pelawat di blog anda.

6. Hantar Komen
Anda boleh melawat ke blog orang lain lebih-lebih lagi blog yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi. Selepas itu anda tinggalkan komen dalam artikel-artikel mereka. Anda akan diminta memasukkan nama, emel dan website anda. Di situlah peluang anda meninggalkan link blog anda dan menarik trafik ke blog anda. Bagi blog yang mempunyai shout box anda juga boleh tinggalkan komen di situ.
—————————————————————————————————————————-
Ingin mendapatkan Webhosting untuk menempatkan blog anda ? Kunjungi internet webhosting, penyedia hosting terbaik di Malaysia.





