Posts tagged: youtube

Menarik Pelawat Guna Youtube

By Najib | 31/05/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kejayaan suatu blog adalah terletak kepada bilangan pelawat ke blog anda. Tanpa pelawat blog anda tidak dapat untuk menjana sebarang pendapatan. Ada 2 pilihan untuk menarik pelawat ke blog anda iaitu kaedah berbayar dan kaedah percuma. Bagi anda yang ingin menggunakan kos yang minimum, anda boleh menggunakan kaedah percuma.

Kaedah percuma yang ingin saya sarankan adalah menggunakan teknik video marketing melalui web video paling popular iaitu Youtube.  Setiap hari berjuta-juta orang dari serata dunia akan pergi ke laman Youtube.  Di sinilah peluang anda untuk menarik pelawat ke blog anda.

Anda boleh mendapatkan video-video yang berkaitan blog anda dari youtube. Kemudian mungkin anda boleh buat ‘editing’ sedikit dan upload semula ke dalam youtube. Gunakan tags2 dari video yang paling mendapat kedudukan teratas mengikut keyword.  Selepas itu letakkan link blog anda dalam bahagian info.

Pengunjung2 yang melihat video itu nanti akan klik pada link anda  dan terus dibawa ke blog anda. Jadi anda boleh mencuba teknik anda dan mudah-mudahan blog anda akan mendapat bilangan pelawat yang ramai.

3400545740_29b7ef5f05_o

Related Posts with Thumbnails

WordPress Themes

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.