Berapa Kelajuan Internet Korang?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini penggunaan internet semakin meningkat di Malaysia. Aku masih ingat lagi zaman remaja waktu baru kenal internet ni. Pertama kali aku melayari internet pada umur 16tahun. Waktu tu pun adalah sorang kawan ni yang ajak pegi ke pejabat sekolah yang ada sediakan internet. Dia lah yang ajar aku macamana nak buat emel sendiri. Memang seronoklah masa mula-mula tau pasal internet ni.
Lepas tu pulak akhirnya mak aku setuju belikan sebuah PC. Itu pun setelah puas memujuk dan keputusan PMR pun excellent. Waktu beli tu kebetulan ada plak promosi dari tmnet dan dptlah pakej inernet dialup dengan kelajuan 56k. Kalo nak kiralah memang mahal time tu sejam kita guna internet casnya kalo tak silap RM2.10.. Dah lah slow gila mahal plak tu. Time tu plak tengah gila chatting, MIRC.. Dapat bil jer memang kena bebel ngan mak.
Lama gak lah guna internet ngan kelajuan 56k ni. Dah lah bila dial tu bunyi modem dia bising, nak buka laman web pun slow jer.. Dalam tahun 2005 baru aku daftar pakej streamyx sehinggalah sekarang. Dengan kelajuan 1MB barulah puashati. Nak download pun lajulah sket.. Tapi yang tak memuaskan pulak servis streamyx ni kekadang slow dan tersangatlah lembap.
Mentang2lah diorang xder persaingan.. Tapi sekarang xlagi sebab ada persaingan dari company “sudah potong ?” iaitu P1Wimax. Harap2 lah dengan persaingan ni streamyx dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Kalo servis tak elok gak memang siaplah aku potong streamyx ni…
Ni gambar yang sempay di screen shot kelajuan internet kat umah aku. Korang leh test korang punya speed kat http://www.speedtest.net/

Apa pun korang tengoklah video promo P1Wimax ni yang ada unsur2 kelucahan sket
Jadi kongsikan pengalaman korang di ruangan komen yer…
































By Iyzah, 28/10/2009 @ 4:22 pm
abang untung dah tau pasal internet ni awal2 lagi. B plak baru nak terkedek2..Untung anak2 zaman skang. Parent dah sediakan kemudahan internet di rumah. B dulu, bila nak minta abah belikan komputer pun, abah kata takut b leka. So, tengok tv ajelah. Apepun, pengetahuan abang tentang internet memg dahsyat. Thanks ajar b dengan sabar!