Selamat Tahun Baru 2010
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah tahun 2009 yang kita lalui selama 365 hari akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Mungkin kita telah melalui cabaran sepanjang 2009 samaada kita berjaya atau gagal dalam mengharungi cabaran-cabaran itu. Apa yang pentingnya bukan sahaja keputusan berjaya atau gagal itu, tapi pelajaran atau pengajaran yang kita perolehi.

Jika berjaya alhamdulillah, kalau tidak pun itu bukan kegagalan yang kekal tapi sementara jer. Pengajaran yang kita dapat tahun ni kita gunakan untuk kejayaan tahun 2010 ni. Kita fokus kepada perniagaan internet pulak, macamana dengan perniagaan internet anda?
Bagi diri saya sendiri sepanjang 2009 ni banyak ilmu yang saya dapat dari bidang perniagaan internet ni. Saya dapat menggunakan blog dan website untuk menjual produk fizikal dan digital. Alhamdulillah hasilnya jika dikira memang mencecah 4 angka. Walaupun belum mencecah 5 angka setahun, tapi ia adalah satu permulaan yang baik.
Saya teringat kata-kata seorang IM, dapatkan RM1 yang pertama dari internet, InsyaAllah lepas tu akan mencurah-curah lagi wang dari perniagaan internet. Sebelum ni saya telah memulakan program google adsense dan dah 3 kali menerima cek dari google. Sekarang pula saya sedang menumpukan pada Program Affilliate terutamanya Clickbank dan Commission Junction. Hasil telah pun mula masuk dan pada masa akan datang saya bercadang untuk membantu orang lain pula untuk mendapatkan wang dari program-program tersebut.
Setelah melalui pelbagai permasalahan baru saya faham sebenarnya perniagaan internet bukanlah terlalu susah tetapi yang penting ialah fokus dan kesungguhan dari kita. Ramai IM lain yang berpengalaman dan mencurahkan ilmu mereka, cuma kita sahaja yang kadang-kadang buat kerja separuh jalan. Fokus pada satu peluang buat duit di internet sehingga berhasil dan baru kita mulakan cabang lain pula. Contohnya jika anda belum mempunyai produk sendiri, fokus pada bidang affilliate.
Apa azam anda tahun 2010 ni? Azam saya sendiriĀ untuk tahun 2010 ni ialah mendapatkan pendapatan dari affilliate sebanyak USD2000 sebulan dan saya juga akan mengadakan bengkel-bengkel perniagaan internet untuk membantu usahawan-usahawan baru dalam perniagaan internet. InsyaAllah. Saya juga sentiasa akan mengemaskini blog ini dan memberi tips-tips yang berkesan berkaitan perniagaan internet.
Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menyediakan pelan kejayaan tahun 2010. Jika belum anda mulakan sekarang !! Harapan saya tahun 2010 memberi peluang pada kita semua merealisasikan impian menjadi kenyataan. Allahuakbar !!
P/S : Terima kasih kepada pengunjung blog saya sepanjang tahun 2009 ni. Sentiasalah memberi komen2 yang membina dalam blog ini.
Salam 2010,
Mohd Najib
































By bina badan, 02/01/2010 @ 3:23 pm
selamat tahun baru…moga ceria selalu..dan dikurniakan badan yang sihat dan cergas…